Komplot Rosakkan Kereta Pengguna Jalan Raya Disiasat

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan akan menyiasat dakwaan terdapat kumpulan penunda kereta dan bengkel kenderaan yang berkomplot merosakkan kenderaan pengguna bagi mengaut keuntungan segera.

Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pada masa sama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa melakukan rondaan di jalan-jalan utama negara pada sepanjang musim perayaan.

Bercakap kepada media hari ini, beliau menyifatkan tindakan merosakkan kenderaan pengguna jalan raya sebagai satu jenayah.

“Ini satu jenayah besar yang boleh kita lapor kepada polis untuk ditangkap dan dapat dipastikan siapa yang membuatnya.

“Kerana hendak untung, apa juga dibuatnya. Ini adalah jenayah,” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan 10 Tahun Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) di sini.

Liow turut menasihatkan orang awam supaya membuat aduan kepada polis dan JPJ bagi mengekang aktiviti jenayah berkenaan.

“Kita harap orang ramai beri maklumat kepada polis dan JPJ untuk tangani isu ini. Kami akan siasat. Malah, raya ini pun kita dan JPJ ulang alik memeriksa semua jalan-jalan utama dalam negara,” tambahnya.

Menurutnya, pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan di setiap lebuh raya bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.