Firma Kewangan Jepun Jangka Ekonomi Malaysia Terus Kukuh

KUALA LUMPUR – Prestasi ekonomi Malaysia dijangka meneruskan momentum pertumbuhan kukuh pada separuh kedua tahun ini dipacu faktor domestik dan global, menurut firma kewangan terkemuka Jepun, Nomura.

Malah, unjuran positif itu turut menjadikan kerajaan Malaysia lebih stabil, sekali gus berada dalam keadaan baik untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang mungkin diadakan pada September atau Oktober ini.

Pakar Ekonomi Asia Tenggara Nomura, Euben Paracuelles, berkata Malaysia menunjukkan potensi positif tahun ini menerusi sokongan faktor dalaman seperti pengukuhan ringgit, peningkatan aktiviti eksport, imbangan dagangan selain faktor luaran seperti harga minyak mentah.

“Dengan prestasi baik itu, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan mampu untuk memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya ini,” katanya menerusi sidang media video di sini, hari ini.

Paracuelles berkata, pelabur akan lebih cenderung untuk memberi tumpuan kepada prestasi ekonomi negara meskipun terdapat beberapa gangguan politik.

“Malah, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini diunjur berkembang 5.3 peratus berbanding sebelum ini, 4.5 peratus,” katanya. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.