Faliq Nasimuddin Melamar Anak Billionaire Malaysia

ANAK bongsu Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Faliq Nasimuddin, 32, melamar kekasihnya yang merupakan anak kepada billionaire Malaysia, Tan Sri Vincent Tan iaitu Chryseis Tan, 29, di Marrakesh, Magribi, Jumaat lalu.

Foto ahli perniagaan itu menghulur cincin kepada kekasihnya sambil melutut dengan latar bunga bertulisan ‘Will you marry me?’ dikongsikan Tan di laman Instagramnya.

Faliq yang merupakan timbalan pengerusi eksekutif dan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI Sdn. Bhd. mengenali teman wanitanya itu sejak di bangku sekolah.

Hubungan pasangan itu sememangnya diketahui ramai memandangkan Tan sering kali berkongsi gambar mereka bercuti bersama di laman IG-nya sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.