Bersih 6 Bakal Diadakan 23 September?

Parti pembangkang khabarnya akan mengadakan satu himpunan kononnya sebagai reaksi mereka kepada kenyataan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (US) dalam isu melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada bulan September ini.

Himpunan itu diumumkan oleh Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dengan Siri jelajah himpunan itu akan bermula di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis ini.

Meskipun BERSIH masih belum memutuskan sama ada akan menyertai perhimpunan berkenaan, namun tidak mustahil jika ia menjadi himpunan Bersih yang keenam.

Pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu, Bersih mengadakan tiga himpunan bagi menaikkan momentum dan kini mungkin sekali lagi ia akan diadakan, menjelang PRU ke-14.

Dengan isu-isu yang dimaikan oleh pembangkang kini semakin tidak mendapat perhatian, maka cara untuk menyemarakkan momentum itu adalah dengan mengadakan himpunan terbabit.

Tapi kenapa 23 September? Memandangkan pada bulan September ini akan ada cuti umum pada 21 September iaitu sempena Maal Hijrah, maka himpunan itu boleh diadakan pada Sabtu, 23 September.

Ini kerana pada Jumaatnya, penduduk di negeri yang bercuti hujung minggu pada hari itu, boleh turun ke Kuala Lumpur bagi menyertainya.

Apa yang dibimbangkan himpunan ini boleh mencetuskan ketegangan. Sepatutnya pembangkang menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan apatah lagi PRU semakin hampir.

Melihat kepada beberapa siri himpunan haram Bersih yang diadakan sebelum ini, ternyata ia tidak membuahkan hasil. Memang peserta akan datang ke himpunan itu namun ia seolah-olah satu karnival semata-mata.

Manakala pemimpin Pakatan Harapan pula, memberi ucapan dan kemudiannya balik seolah-olah seperti matlamat mereka tercapai, tetapi hakikatnya tidak.

Yang bakal berdepan dengan tekanan ialah penduduk di ibu kota yang akan berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk.