Belalang Ganjil Berwarna Merah Jambu

IPSWICH, Britain – Seekor belalang ganjil yang berwarna merah jambu ditemui berkelia­ran di atas sebatang pokok berhampiran sebuah tasik kecil di sini baru-baru ini.

Menurut Agensi, serangga itu ditemui oleh seorang jurugambar amatur, Richard Taylor ketika dia menikmati makanan tengah hari di kawasan tasik ber­kenaan.

“Saya agak terkejut apabila melihat sejenis serangga yang berwarna terang bergerak di atas dedaun menyebabkan saya tidak melepaskan peluang merakam gambar belalang itu,” katanya, lapor Kosmo.

Lazimnya, belalang hanya berwarna hijau, kuning atau gabungan kedua-dua warna berkenaan bagi membolehkan ia kelihatan sama seperti persekitarannya.

Bagaimanapun, belalang berwarna merah jambu dikatakan terjadi akibat mutasi genetik yang jarang berlaku dan dikenali sebagai erythrism.

Perkara itu mengakibatkan badan atau bulu haiwan tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.