8 Cedera Insiden Tembakan Di Masjid Perancis

MARSEILLE – Lapan orang cedera dalam satu insiden tembakan di hadapan sebuah masjid di bandar Avignon di selatan Perancis, lapor akhbar La Provence hari ini.

Agensi berita Reuters masih beluim dapat mengenal pasti laporan tersebut, yang menyebut polis tempatan tidak mengisytiharkan kejadian itu berkaitan dengan serangan pengganas malahan ianya berpunca dengan pergaduhan membabitkan sekumpulan belia, lapor Awani.

Surat khabar itu turut memetik saksi berkata salah seorang dari dua suspek yang memakai topeng muka telah melepaskan beberapa tembakan sekitar jam 10.30 malam menyebabkan jemaah masjid melarikan diri dari lokasi kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.