WSJ Perlu Dedah Sumber Maklumat, Xavier LagiKah?

SEBETULNYA, Wall Street Journal (WSJ) atau Sarawak Report, siapa yang mula cerita bohong lagi tak masuk akal kononnya  USD 700 juta disalur masuk ke akaun didakwa milik peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak ini, tidak penting.

 

Yang penting, ini semua permainan pembangkang untuk merekacipta cerita palsu untuk memburukkan imej Najib pasal nak Anwar yang tak tahan guna jamban cangkung di penjara Sungai Buluh, dikeluarkan segera.

 

Tidak susah sebenarnya nak menangkis cerita bohong ni, lagipun apalah sangat ‘bukti’ yang ditunjukkan tu, sekadar grafik yang dibuat sendiri.  1MDB pun pernah buat grafik yang lebih terperinci dan cantik dari ini tapi yang itu pun tidak diterima orang.

 

Malah seorang ahli politik pernah divideokan berzina, crystal clear muka dia, pun orang kata itu bukan, alih grafik biasa-biasa yang ini pulak kita kena terima? Nak bodohkan siapa?

 

Untuk dakwaan-dakwaan yang macam ini, orang nak tengok salinan rekod bank dan sebagainya, baru boleh jalan – boleh jalan baru, percayanya belum tentu.

 

Paling tidak, dedahkanlah sumber yang kononnya membuat penemuan berkenaan.  Siapakah sumber itu, nak juga tahu nama.  Setakat petik ‘malaysian government investigation’, semua orang boleh buat itu, tapi siapa dia agensi mana satu?

 

Jangan mula dengan Xavier lagi sudahlah, itu confirm guna dokumen palsu.

 

Ini penting sebab jika perkara ini nak dibawa ke Mahkamah sekalipun, sumber itu perlu hadir untuk memberi keterangan, dengan apa cara dan bagaimana dia memperolehi semua maklumat tersebut kerana di negara ini maklumat perbankan adalah sulit, malah dilindungi undang-undang.

 

Selagi itu (sumber) tidak ada, penulis menyeru agar kita mengelakkan diri dari percaya dengan semua pembohongan macam ini.  Bulan-bulan puasa ni bukan pahala saja berlipat kali ganda, buat dosa pun berlipat kali ganda juga.

 

Tak tahulah kalau dah takde agama. – MyKMU

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.