SMART Beri Diskaun Tol Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) menawarkan diskaun tol sebanyak 20 sen berbanding harga biasa RM2 kepada pengguna terowong dwifungsi itu, sempena Aidilfitri.

 

Ketua Operasi Lebuh Raya SMART, Mohd Fuad Kamal Ariffin dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan diskaun selama dua hari itu sebagai menghargai pengguna lebuh raya berkenaan dan ia bermula dari 6 pagi pada 17 Julai hingga 6 pagi keesokannya.

 

Selain itu, katanya SMART akan mula melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai 9 September.

 

Mohd Fuad berkata sistem itu hanya menggunakan kad Touch ‘n Go atau Smart Tag untuk transaksi bayaran pantas berbanding bayaran tunai.

 
Kad Touch ‘n Go akan dijual di lorong tol terutama bagi mereka yang belum mempunyai kad itu.

 

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melawati laman web SMART di www.smarttunnel.com.my atau di Facebook SMART Tunnel, Twitter @Smarttunnel atau menghubungi talian 1300-88-7188.  – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.