Pasangan Tua Mati Bersama Selepas 75 Tahun Berkahwin

HASRAT sepasang warga emas yang telah berkahwin sejak 75 tahu lalu untuk mati bersama tercapai apabila mereka meninggal dunia selang beberapa jam.

 

Jeanette Toczko, 96, dan suaminya  Alexander Toczko, 95, dari San Diego, California, ditemui meninggal dunia di atas katil sambil berpegangan tangan.

 

Pasangan tersebut mula bercinta sejak berusia lapan tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada usia muda.

 

Hidup & Mati Bersama

 

Beberapa minggu lalu Alexander mengalami patah pinggul dan  ditempatkan di sebelah katil isterinya.

 

Ketika saling berpegangan tangan di katil bersebelahan, pasangan itu sentiasa mengulangi hasrat mereka sejak muda iaitu ingin  mati bersama-sama.

 

Alexander yang merupakan bekas tentera laut Amerika Syarikat (AS) mendirikan rumah tangga dengan Jeanette pada 1940.

 

Hasil perkawinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan lima cahaya mata, 10 cucu dan enam cicit. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.