Keputusan Mahkamah Pengajaran Kepada Guan Eng, Kata Jahara

PUTRAJAYA – “Keputusan mahkamah ini mengembalikan maruah saya sebagai ketua pembangkang dan juga sebagai seorang wanita,” kata Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media sebentar tadi berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kerana menggelarnya sebagai ‘nenek rasis’.

 

Jahara berkata, Guan Eng yang memegang jawatan tertinggi sebagai Ketua Menteri sepatutnya membuka mata dan tidak melemparkan tuduhan atau gelaran yang menjatuhkan maruah sesiapa.

 

“Saya bersyukur kes saman malu ini akhirnya selesai. Saya harap ini menjadi satu pengajaran kepada semua pemimpin, kita tidak seharusnya lemparkan tuduhan dan beri gelaran yang menjatuhkan maruah seseorang.

 

“Ini tidak sepatutnya menjadi amalan mana-mana-mana ahli politik,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.