Kejar Kebenaran Bukan Viralkan Penipuan, Pesan Najib

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru warga media supaya sentiasa berpandukan kepada kebenaran.

 

Kata Najib, tidak salah untuk berbeza pendapat tetapi perlu adil dan sentiasa mencari kebenaran.

 

“Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Media Bersama Perdana Menteri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam semalam.

 

Pada masa yang sama, Najib mengakui kepantasan maklumat era kini nyata memberi cabaran dan tekanan bukan sahaja kepada pemberita tetapi juga kepada ahli politik.

 

“Orang kejar berita secepat mungkin, nak viralkan berita bukan ketepatan berita,” katanya.

 

Tambah Najib, sesuatu berita yang dilaporkan para wartawan mendorong kepada pembentukan persepsi masyarakat.

 

Namun sekiranya persepsi tersebut berasaskan kepada ketidakbenaran sesuatu maklumat, amat sukar untuk ubah persepsi tersebut.

 

“Contohnya, kalau kata berbilion ringgit hilang, mana buktinya?” ujar Najib sambil tersenyum ketika berucap. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.