Fad Bocey Bakal Dapat Anak Kembar

Acap kali melihat isteri kepada pelawak Fad (Bocey), Syeera kerap kali dimasukkan ke hospital berikutan keadaannya yang kurang sihat sejak hamil.

 

Namun disebalik kesakitan itu, ada hikmah yang menanti pasangan romantik ini apabila Syeera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman dikurniakan anak kembar.

 

Berita gembira itu disahkan sendiri oleh Syeera melalui akaun instagramnya kapsyen yang berbunyi:

 

“It hurts .nvm. Alhamdulillah after 3 days finally im home .even im not so happy but i am so much happy to see you ‘babies’.

 

“yes ‘TWIN’. Syukur dgn rezeki yg Allah bagi serta dugaan yg dtg bertimpa timpa .insyaAllah sy akan kuat utk awak berdua dkt dalam.

 

“Tak sabar nak jumpa awak berdua .baik baik dkt dalam. love both.”tulisnya.

 

Sehingga kini, ruangan komen akaun Instagram Fad dan Syeera dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada para peminat.

 

Fad atau nama sebenarnya Fadzlie Nizam dan Syahirah telah bernikah pada 14 Mac lalu.

 

Kepada Fad dan isteri tersayang, semoga kandungannya berada dalam keadaan sihat dan selamat. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.