Kes Nurul Izzah Saman UMMB Dibicara 21 Ogos

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kes saman fitnah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) berhubung kenyataan beliau tentang kebebasan beragama kira-kira dua tahun lalu akan dibicarakan selama dua hari bermula 21 Ogos ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Haron yang mewakili UMMB memberitahu pemberita, sejurus selepas menghadiri proses mediasi selama dua hari di hadapan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim di kamar hakim.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memfailkan saman tersebut pada 23 November 2012 kerana mendakwa empat artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia antara 5 dan 7 November tahun yang sama sebagai memfitnah beliau.

Artikel itu disiarkan ekoran kenyataan kontroversi Nurul Izzah sewaktu menjawab soalan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya pada 3 November 2012. – UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20140703/ma_03/Kes-Nurul-Izzah-saman-UMMB–dibicara-21-Ogos#ixzz36NgL3b00 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.