Empat Mati, Pesawat Kargo Terhempas Atas Bangunan

NAIROBI 2 Julai – Empat terkorban apabila sebuah kapal terbang kargo yang membawa daun Qat, terhempas di atas sebuah bangunan sejurus berlepas dari Jomo Kenyatta International Airport (JKIA), di timur negara ini hari ini.

Pusat Operasi Bencana Kebangsaan Kenya menyatakan, kesemua empat anak kapal termasuk penumpang maut dalam kemalangan tersebut dan setakat ini sebanyak dua mayat telah ditemukan dari bangkai pesawat berkenaan.

“Sebuah pesawat kargo jenis Fokker 50 yang dinaiki empat orang anak kapal termasuk penumpang terhempas pagi ini di atas sebuah bangunan komersial.

“Kejadian berlaku sejurus pesawat berlepas dari JKIA,” kata seorang pegawai penguatkuasa lapangan terbang Kenya dalam satu kenyataan.

Menurut pihak berkuasa, pesawat itu terhempas sebelum subuh pada hari ini ketika bangunan itu masih kosong dan setakat ini tiada kecederaan lain dilaporkan.

Seorang jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian berkata, pesawat itu terhempas di tingkat bawah bangunan tersebut yang menempatkan beberapa kedai kecil dan besar. Bangunan itu juga terletak tiga kilometer dari lapangan terbang.

“Pesawat berkenaan dipercayai merempuh sebuah kabel elektrik sebelum terhempas lalu terbakar,” kata seorang pegawai polis kanan.

Pasukan polis dan pengawal keselamatan bertindak menutup kawasan kejadian, sementara JKIA ditutup sementara sebelum beroperasi seperti biasa. – AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140703/lu_02/Empat-mati-pesawat-kargo-terhempas-atas-bangunan#ixzz36Mk6iTNj 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!