Bunuh Suami Kekasih

Sabak Bernam: Seorang lelaki sanggup membunuh suami kenalan wanitanya semata-mata selepas hubungannya dengan isteri mangsa terbongkar.

Malah, mayat mangsa yang dibunuh dengan cara dicekik itu dibuang ke dalam parit cetek di Jalan Haji Omar, Kampung Banting, di sini 23 Jun lalu.

Mayat mangsa ditemui anaknya sendiri yang kebetulan melalui jalan berkenaan untuk ke kedai, jam 8.30 pagi keesokan harinya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 44 tahun keluar dari rumahnya kira-kira jam 9 malam dipercayai untuk berjumpa suspek yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai juruelektrik menaiki kereta suspek yang berusia 41 tahun dan dipandu seorang lelaki lain ke satu lokasi yang tidak diketahui.

Beliau berkata,ketika berbincang didalam kereta suspek yang duduk dibahagian belakang bertindak mencekik mangsa.

”Mangsa cuba melawan,tapi tidak berjaya.Selepas di bunuh suspek membuang mayat mangsa di tepi parit di kampung berkenaan,”katanya dalam sidang media,di sini semalam.

Beliau berkata,walaupun bimbang mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar bertemu suspek namun ahli keluarga tidak mengsyaki pekara pelik sehingga anak lelakinya menjumpai mayat bapanya itu dalam keadaan telentang dalam parit berkenaan.

“Ketika itu ,anak lelaki mangsa dalam perjalanan kekedai yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari rumah mereka sebelum menemui mayat bapanya itu.

Pemeriksaan luaran didapati tiada kecederaan fizikal pada mangsa,tetapi hasil laporan bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat kecederaan dalaman dibeberapa bahagian leher kerana dicekik seingga mati,”katanya.

Menurutnya,polis kemudian menahan isterimangsa berusia 35 tahun ketika memberi keterangan di Balai Polis Sabak Bernam,manakal dua lagi suspek masing-masing berusia 41 tahun dan 18 tahun di tahan di Klang dan Hutan Melintang perak pada 26 Jun lalu.

Katanya,polis turut merampas sebuah kereta Proton Saga yang digunakan dalam kejadian itu dan motif pembunuhan dipercayai selepas hubungan sulit antara suspek dengan isteri mangsa terbongkar.

”Semua mereka kini ditahan reman sehingga esok(Hari Ini) untuk siasatan lanjut polis,katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan(KK) kerana membunuh dan sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Sumber Asal:-Harian Metro Khamis/3 Julai 2014/MS-8-Setempat/

 

One thought on “Bunuh Suami Kekasih

  • July 3, 2014 at 8:15 pm
    Permalink

    CSI malaysia..hebat isteri sekarang, curang dan bunuh suami.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.