TPM Minta Pengusaha Maahad Tahfiz Pertikat Tahap Keselamatan

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pengusaha maahad tahfiz meningkatkan ciri keselamatan premis dan pelajarnya, sekali gus meningkatkan imej institusi pendidikan Islam.

Timbalan Perdana Menteri berkata pengusaha maahad tahfiz jangan mentadbir institusi berkenaan seolah-olah seperti ‘melepaskan batok di tangga’ sahaja.

Katanya, pelbagai isu membabitkan maahad tahfiz seperti kebakaran asrama, kemalangan dengan kehilangan nyawa yang ramai, histeria dan pelbagai isu lain yang memberi imej tidak baik kepada Islam.

“Cukuplah (kejadian) memberi imej tidak baik kepada Islam, sekarang sudah sampai masanya tingkatkan imej Islam,” katanya.

Beliau berucap ketika melancarkan Inspirasi Ramadan, UPSR & SPM YAPEIM Peringkat Kebangsaan 2017M/1438H di Selekoh di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata, pengusaha maahad tahfiz sama ada dikendalikan individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jangan mengambil mudah pengurusan institusi itu atau kebajikan pelajarnya.

Beliau berkata, apabila ibu bapa menghantar anak mereka ke maahad tahfiz, mereka sebenarnya meletakkan harapan yang tinggi terhadap institusi berkenaan.

Sementara itu, Abibullah berkata, tahun ini YAPEIM memperuntukkan RM10 juta untuk ketiga-tiga program Inspirasi Ramadan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.