Rondaan Bersama Malaysia dan Negara Jiran Di Laut Sulu Mulai 19 Jun

SINGAPURA – Malaysia, Filipina dan Indonesia akan melancarkan operasi rondaan bersama di perairan di luar rantau Mindanao bulan ini bagi mengekang ancaman militan Daesh.

Perkara ini dinyatakan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, pada persidangan keselamatan di republik ini ketika tentera Filipina memerangi kumpulan Daesh yang menyerang bandar Marawi di pulau Mindanao sejak hampir dua minggu lalu.

Hishamuddin berkata, rondaan bersama di perairan bersempadan tiga negara itu akan bermula 19 Jun ini dengan rondaan udara dilakukan kemudian.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanao sebagai tindak balas terhadap krisis itu, menggambarkan serangan ke atas Marawi sebagai permulaan kempen besar-besaran oleh Daesh untuk bertapak di negaranya.

Penganalisis keselamatan berkata, rancangan Daesh mewujudkan satu ‘wilayah’ di pulau selatan Mindanao sebagai sebahagian usahanya menubuhkan khalifah di Asia Tenggara.

“Jika anda bercakap mengenai Selat Sulu, ia membabitkan Malaysia, Indonesia dan Filipina.

“Justeru dalam ASEAN, kami memutuskan sekurang-kurangnya tiga negara untuk mengelak dituduh tidak melakukan apa-apa, ketiga-tiga kami mengambil inisiatif melakukan rondaan bersama, inisiatif di Selat Sulu,” kata Hishamuddin merujuk kepada ASEAN.

Hishammuddin berkata, Malaysia, Indonesia dan Singapura menjalankan rondaan bersama dengan jayanya di Selat Melaka yang bersempadan untuk menangani lanun.

Penganalisis berkata, sempadan maritim yang poros antara ketiga-tiga negara menyukarkan usaha mengesan mengesan pergerakan militan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.