Risau Dituduh Mencabul, Ramai Lelaki Jepun Ambil ‘Insurans Raba’

TOKYO — Insurans untuk melindungi penumpang kereta api daripada tuduhan meraba wanita tiba-tiba menjadi popular di kalangan lelaki Jepun.

Pelan perlindungan daripada dakwaan palsu mencabul yang berharga ¥6,400 (RM245) mendapat sambutan susulan beberapa insiden lelaki terpaksa melarikan diri, lapor AFP semalam.

Jepun cuba menangani masalah gangguan seks ini dalam pengangkutan awam popular itu, khususnya pada waktu puncak, dengan kempen dan gerabak khas wanita.

Pelan itu yang diperkenal pada 2015 oleh Small Amount and Short Term Insurance asalnya untuk menyediakan khidmat guaman jika mereka berdepan tuduhan mencabul.

Ia menyediakan faedah sampingan, termasuk kemalangan di rumah dan jalan raya.

Namun khidmat syarikat tersebut — yang menggerakkan peguam di kawasan berdekatan insiden raba — tiba-tiba popular di kalangan pelanggan.

Polisi itu, selalunya dijual tidak sampai 50 kontrak sebulan, meningkat mendadak kepada beberapa ratus sejak sebulan lalu, lapor Mainichi seperti dipetik.

“Mustahil untuk kita tahu sama ada kita terbabit dengan insiden meraba,” kata presiden syarikat Shoji Sugimoto kepada akhbar Jepun itu.

“Kami menyediakan bantuan kepada mereka yang risau dengan isu tersebut.”

Kira-kira 1,800 tangkapan dibuat setiap tahun bagi kesalahan gangguan awam itu. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.