Malaysia Diberi Penghormatan Antarabangsa – PM

PEKAN – Datuk Seri Najib Tun Razak berbangga apabila Malaysia terus diberi penghormatan tertinggi di peringkat antarabangsa sehingga membolehkan negara menikmati pelbagai keistimewaan dari segi agama, pelaburan dan ekonomi.

Beliau berkata, antaranya adalah menerima layanan istimewa daripada Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang menganggap Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang ‘authentic’.

“Pada Sidang Kemuncak Negara-Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat di Riyadh baru-baru ini yang melibatkan 51 ketua negara, hanya lima ketua negara dibenarkan berucap.

“Malaysia termasuk dalam senarai lima negara tersebut dan saya menjadi pembahas terakhir sebagai penutup majlis,” katanya di sebuah majlis sumbangan di sini, lapor Utusan.

Sebanyak 60 buah masjid dan 166 surau sekitar Pekan menerima sumbangan buah kurma dan air zam zam serta wang tunai sebanyak RM1,500 bagi masjid dan RM1,000 (surau).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.