Lana Pujuk Suami Puasa Di Tanah Air

KUALA LUMPUR: Ramadan ini menjadi semakin bermakna buat pelakon, Lana Nodin apabila berpeluang menyambutnya bersama keluarga tercinta di tanah air, selepas tahun lalu terpaksa meraikan bulan mulia itu di negara asing.

Lana berkata, tahun lalu mereka hanya sempat dua hari berpuasa di tanah air sebelum berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) kerana mengikut suaminya, Mohd Daud McKienzie atau David yang terbabit dalam pemilihan ke Sukan Olimpik Rio 2016.

“Sepatutnya, kami perlu kembali ke AS pada April lalu kerana David perlu mengikuti beberapa jelajah di sana. Tetapi kami menunda tarikh pulang kerana saya mahu berpuasa, seterusnya meraikan Aidilfitri di sini.

“Kami akan pulang ke sana sehari selepas Hari Raya kerana David sudah terikat dengan pelbagai tugasan. Memang hatinya berat untuk menunda tarikh pulang, tetapi saya memujuk kerana mahu berpuasa bersama keluarga di tanah air.

“Saya juga mahu anak, Gia Quinn McKienzie merasai pengalaman menyambut Ramadan, sekali gus meraikan Aidilfitri dengan berkumpul bersama keluarga di sini,” katanya, Bercakap mengenai Ramadan, Lana mengakui tidak sukar buatnya menguruskan suami berpuasa.

Kata Lana, David sememangnya sudah faham dengan tuntutan rukun Islam ketiga itu. Bagi Lana, berpuasa di AS lebih mencabar kerana tempoh masa yang lebih panjang selain cuaca yang tidak menentu.

“David tidak mempunyai masalah untuk berpuasa, malah begitu seronok menjalani ibadah itu di sini terutama apabila melihat kemeriahan sambutan Ramadan,” katanya.

Ramadan ini, Lana tidak duduk diam kerana perlu berulang alik ke Singapura, Indonesia dan Brunei untuk mempromosi produk kesihatan keluarannya.

Menerusi Lana Health & Beauty, pasangan ini menghasilkan produk seperti Jus Ibu Kunyit, Jus Top Up dan Fat Burner & Detox serta terbaru, melancarkan butik dalam talian, My Budak Boutique.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.