Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Terjatuh Dalam Parit

Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam parit sebelum dihanyutkan air di Jalan Lembaga Elektrik, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataannya berkata mangsa dikenali sebagai Mohd Haikal Matlan dijumpai pada jam 3.59 petang oleh orang awam, kira-kira 60 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

Menurut jurucakap berkenaan, mangsa disahkan meninggal dunia semasa tiba di hospital.
Kanak-kanak berkenaan dikatakan bermain di tepi parit Itu sebelum terjatuh ke dalam parit.

Bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 3.22 petang sebelum tiba di lokasi bersama dua jentera beserta tujuh anggota lima minit kemudian, kata jurucakap berkenaan.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.