Janna Nick Rai Hari Jadi ke-22

KUALA LUMPUR: Janna Nick, pemenang trofi Pelakon Televisyen (TV) Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, menyambut ulang tahun ke-22, semalam.

Janna yang sibuk melunaskan penggambaran drama rantaian, Dia, menerima kejutan pada hari istimewanya daripada syarikat pengurusan, Laugh Out Loud Entertainment, teman baik dan penerbit Sheila Rusly.

“Saya bersyukur dikelilingi insan baik. Kata-kata tak dapat menggambarkan perasaan ini. Saya amat terharu dengan keindahan ini,” katanya kepada BH Online.

Dalam perkembangan lain, Janna dilihat makin serius berniaga.

“Selepas menjual minyak Argan pelbagai fungsi, saya bakal muncul pula dengan telekung aneka warna di bawah jenama JannaRezqi.

“Saya juga membuka peluang perniagaan kepada orang ramai membuat pendapatan sampingan dengan menjadi ejen atau stokis rasmi,” katanya.

Janna berkata, mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat di akaun Instagram @jannarezqi.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.