SUV Terbakar Di Lebuh Raya Utara-Selatan

MELAKA – Lima remaja cemas apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Suzuki Vitara yang dinaiki mereka terbakar di Kilometer 203, Lebuhraya Utara-Selatan di sini pagi tadi.

 

Namun, mereka sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api menjilat keseluruhan kenderaan itu yang berada di laluan kanan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu.

 

Kumpulan remaja berusia lingkungan 17 dan 18 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Bahau, Negeri Sembilan ke Bandaraya Melaka.

 

Difahamkan, pemandu berusia 18 tahun itu terdengar bunyi benda terjatuh lalu memberhentikan kenderaannya sebelum mendapati kepulan asap keluar dari bawah kenderaan.

 

Sepasukan enam anggota bomba bersama jentera Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah bergegas ke lokasi bagi memadam kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan dan kebakaran itu dapat dikawal dalam tempoh lima minit. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.