Suasana Suram Semasa Montaj Nik Aziz Ditayangkan

SHAH ALAM – Muktamar Tahunan Muslimat Pas ke-55 bertukar suram seketika sebaik video montaj Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditayangkan di dewan Shah Alam Convention Centre (SACC) di sini,hari ini.

 

Suasana dewan yang bermula gemilang pada mulanya bertukar sepi sebaik alunan lagu dan tayangan Allahyarham menyelubungi ruang yang ada.

 

Tayangan tersebut yang berlangsung sehingga lima minit bukan sahaja menukar suasana dewan, malah turut ‘mengusik’ emosi Muslimat yang hadir.

 

Sesetengah peserta Muslimat yang hadir kelihatan terkesan dengan tayangan tersebut sehingga tidak mampu menahan air mata kesedihan.

Tayangan yang disediakan oleh Unit Teknologi Maklumat Muslimat Kelantan itu memaparkan jasa dan kebaikan Allahyarham semasa hidupnya khususnya kepada kaum Muslimat. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.