Polis Kepung 6 Lelaki Bersenjata Di Taman Rekreasi Lembah Kiara

KUALA LUMPUR – Polis mengepung enam lelaki warga asing dipercayai bersenjata yang melarikan diri ke Taman Rekreasi Lembah Kiara, sejurus memecah masuk dua kediaman di sekitar Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, sebentar tadi.

 

Ketua Polis Daerah Brickfileds, Senior Asisten Komisioner Muhamad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

 

“Operasi memburu enam lelaki bersenjata sedang giat dijalankan di sekitar taman rekreasi berkenaan.

 

“Semua pintu masuk ke taman ditutup dan orang ramai dilarang masuk setakat ini,” katanya. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.