Pemuda PAS Pengecut Biar DAP Serang Presiden

BANGI, Rabu – Kepimpinan Pemuda PAS pimpinan Suhaizan Kaiat disifatkan sebagai ‘pengecut’ kerana membiarkan sahaja presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditohmah dan dihina rakan sekutunya, parti rasis dan cauvinis DAP.

 

“Dia (DAP) menyerang dan menghina presiden PAS. Pemuda diam bisu beribu bahasa.

 

“Ini bukan simbol anak soleh yang melihat bapanya dihina. Ini bukan sifat Pemuda beriman tetapi pengecut,” kata Perwakilan dari Wilayah Persekutuan Mohd Ridzuan Ariffin.

 

Beliau berkata demikian semasa membahaskan ucaptama ketua pemuda pada Muktamar Pemuda PAS kali ke-56 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Shah Alam pagi ini.

 

“Duri dalam daging”

 

Sementara itu, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mahfodz Mohamed menyifatkan ahli PAS yang bersekongkol dengan DAP menghentam presiden sebagai ‘duri dalam daging’.

 

“Sangat malang apabila ada kalangan ahli dan pimpinan yang bersekongkol mengiyakan tohmahan rakan kerjasama politik.

 

“Lalu menjadikan duri dalam daging, melemahkan bahtera yang sedaang berlayar,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Dewan Ulama PAS di Taman Melewar, Gombak pagi ini.

 

Mahfodz berkata, ketaatan kepada presiden selaku ketua sebuah jamaah Islam adalah syarat penting bagi setiap ahli PAS .

 

Namun amat malang, jika ada ahli yang memilih untuk bersokongkol dengan pihak lain bersama-sama menghentam presiden sendiri. – Ismaweb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.