Pelarian Rohingya Disuruh Mencangkung Sebelum Dihentak Kepala

ALOR SETAR – Dipaksa duduk mencangkung terlalu lama dan tidak dibenarkan berdiri selain kepala dihentak dengan belakang senjata api hingga pengsan.

 

Itu pengalaman ngeri dialami seorang lelaki etnik Rohingya Hamid Hussin Noor Zainal, 22, menceritakan azab terpaksa ditanggungnya ketika berada dalam sebuah kem di Padang Besar, Thailand sebelum diseludup ke negara ini, tiga tahun lalu.

 

Menurutnya, ketika berada di kem itu, dia sering diseksa secara mental dan fizikal selepas tidak mampu membayar baki wang kepada tekong.

 

“Bagaimanapun, selepas dua minggu berada di kem itu, saya yang tidak tahan kemudian bertindak melarikan diri dan berjaya.

 

“Alhamdulillah, saya kini terselamat dan bekerja di tapak binaan di Sungai Petani mencari rezeki,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.