Foto: Izzue Islam Jadi Maskot Bugs Bunny

Pelakon Izzue Islam sanggup menyarungkan kostum watak kartun popular Bugs Bunny ketika majlis sambutan hari lahir ke-25nya pada malam Selasa.

 

Anggota kumpulan Forteen itu berkata dia rela memakai kostum arnab tersebut kerana ingin membuat kejutan kepada isteri yang juga pengurusnya, Awin Nurin.

 

“Awin suka tengok maskot, setiap kali ternampak maskot  dia mesti kata benda tu comel, jadi hari ini saya sarung kostum untuk beri kejutan kepada dia.

 

“Ia juga sebagai tanda saya mengargai usaha isteri terhadap saya selama ini. Isteri saya banyak membantu saya, terutama dalam kerjaya lakonan dan nyanyian, kiranya saya jadi Bunny antara cara untuk mengembirakan hatinya.

 

Selain itu, Izzue turut menghadiahkan seutas rantai kepada Awin sebagai simbolik kasih dan sayang sebagai suami isteri. – Astro Gempak

 

izzue Islam - Bugs Bunny-3


izzue Islam - Bugs Bunny-2

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.