Budak 12 Tahun Tikan Rakan Sekelas 19 Kali

Waukesha (Winconsin) – Dua kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang menikam kawan mereka 19 kali ketika permainan sembunyi-sembunyi mahu membuktikan bahawa makhluk misteri yang menakutkan bergelar Slenderman memang wujud.

Kanak-kanak perempuan dari bandar ini terlalu obses dengan laman web CreepyPasta, di mana terdapat perbincangan mengenai cerita seram.

Polis percaya kanak-kanak perempuan itu merancang selama beberapa bulan untuk membunuh seorang daripada rakan sekelas mereka agar dapat menjadi wakil bagi pemimpin laman web itu, Slenderman.

Dua kanak-kanak perempuan itu merancang untuk membunuh rakan mereka ketika mangsa tidur di kediaman seorang daripada suspek.

Slenderman ialah karakter fiksyen yang diwujudkan oleh Eric Knudsen atrau Victor Surge dalam forum di Internet bergelar Something Awful. Ia menjadi bualan ramai dan memberi ilham mengenai cerita fiksyen dikenali sebagai creepypasta.

Seorang daripada suspek berkata, mereka perlu membunuh seseorang untuk menunjukkan dedikasi kepada Slenderman.

“Ramai orang tidak percaya yang Slenderman memang wujud,” katanya kepada polis.

Kedua-dua suspek mengundang mangsa untuk tidur di kediaman seorang daripada mereka dan akhirnya menikam mangsa sebanyak 19 kali.

Mereka membawa mangsa ke sebuah taman sebelum bermain sembunyi-sembunyi dan kemudian menikam rakan itu.

Mangsa yang berlumuran darah mampu merangkak keluar dari taman itu ke jalan raya sebelum ditemui penunggang basikal.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan sebelum didakwa seperti orang dewasa dengan tuduhan membunuh darjah pertama dan jika disabitkan bersalah bakal berdepan hukuman penjara 60 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.