Cadangan Bubarkan Bersatu Pandangan Lapuk, UMNO ni bukan besar mana sangat pun – Wan Saiful

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyifatkan saranan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibubarkan sebagai pandangan lapuk dan tidak selari dengan landskap politik semasa.

Beliau mengkritik kenyataan Setiausaha Veteran UMNO, Mustapha Yaakub, yang mencadangkan agar Bersatu mengikut jejak langkah Semangat 46 dengan membubarkan parti dan kembali ke pangkuan UMNO.

Menurut Wan Saiful, cadangan sedemikian hanya mencerminkan mentaliti lama yang tidak lagi sesuai dalam era politik moden yang menyaksikan pelbagai parti bekerjasama dalam bentuk gabungan.

“Kalau parti kecil mungkin sesuai pertimbang untuk bubar. Yang bercakap itu Veteran Umno…jadi pandangan itu pun memang menunjukkan sifat veteran yang sepatutnya dah pencen.

Sekarang kita menyaksikan suasana politik era baru, di mana pelbagai parti bergabung dalam gabungan dan kemudian beberapa gabungan bekerjasama membentuk kerajaan. Itu realiti hari ini yang mungkin tidak disedari oleh mereka yang tersangkut dengan mimpi zaman dulu yang sudah tidak relevan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu turut menyentuh kedudukan UMNO dalam kerajaan, dengan mendakwa parti tersebut kini hanya bergantung kepada sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita kena ingat kalau bukan disebabkan proses lompat dan lapar peruntukan, bilangan Ahli Parlimen Bersatu di Dewan Rakyat lebih besar dari UMNO,” tegasnya.

Sebelum ini, kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencetuskan perbincangan apabila beliau menyatakan keterbukaan partinya untuk bekerjasama dengan UMNO kerana kedua-duanya berkongsi asas ideologi yang sama.

Reaksi balas terhadap kenyataan itu hadir daripada UMNO sendiri, apabila Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa cadangan seumpama itu perlu diajukan secara rasmi untuk dibincangkan di peringkat kepimpinan tertinggi parti.

“Jika Bersatu mahu lakukan (kerjasama dengan UMNO)… kemukakan surat supaya perbincangan rasmi dapat dibuat,” kata Ahmad Maslan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat