KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyampaikannya ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Bin Mohamad Ismail, anggota polis yang meninggal dunia awal pagi tadi
Menurut Presiden UMNO tersebut, Allahyarham maut apabila dilanggar sebuah kenderaan ketika bertugas dalam satu sekatan jalan raya.
Berikut adalah kenyataan penuh Zahid seperti dipetik dari akaun Twitter beliau:
“Al Fatihah.
“Salam takziah kepada anggota keluarga Koperal Safwan Bin Mohamad Ismail yang telah meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah Toyota Hillux awal pagi ini. Beliau menjalankan tugas SJR 5 Plaza Tol Kajang Selatan Lebuhraya Lekas. Kita berasa amat sedih dan simpati”.
“Sesungguhnya,pengorbanan yang tinggi daripada arwah dan semua anggota polis di seluruh negara amatlah sy hargai. Mari kita semua ucapkan terima kasih atas pengorbanan tinggi mereka berada di barisan hadapan dalam mendepani Covid19 ini”.
Menurut maklumat yang tersebar di media sosial, kemungkinan pemandu Hilux yang melanggar Allahyarham, berada di bawah pengaruh alkohol tapi sebaiknya perkara ini diserahkan kepada pihak polis untuk menyiasat lebih lanjut.
– SuaraTV