Video: Penyokong PKR Mengamuk Dalam Masjid, Marah Ustaz Subri Arshad Kupas Ayat Al-Quran

KUALA LUMPUR – Suasana di Masjid Sungai Seluang, Kedah semalam kecoh apabila ahli dan penyokong PKR menyerbu masuk ke masjid memarahi Ustaz Subri Md Arshad yang ketika itu sedang menyampaikan Kuliah Maghrib.

Video insiden berkenaan yang viral di media sosial sejak semalam itu memaparkan reaksi keras dua ahli PKR dan seorang jemaah mengecam Ustaz Subri yang dituduh berceramah politik dalam masjid.

“Kalau Ustaz nak ceramah politik silakan di tempat ceramah politik,” kata seorang lelaki berseragam parti PKR.

“Suruh mari kuliah hang buat lagu ni, apa otak pun tak dak,” kata seorang lelaki lain dipercayai penyokong PKR.

Susulan insiden tersebut, seorang individu Fadzil Sa’ari tampil menjelaskan ketika kejadian Ustaz Subri sedang menyampaikan kuliah berkaitan kupasan ayat Al-Quran dari Surah At-Taubah, ayat 23.

“Isu Ustaz baca ayat Al-Quran, jangan bersekongkol dengan pemimpin kafir yang terang-terang menolak Islam.

“Puak PH Sungai Seluang dengar jadi marah bila Ustaz Subri Arshad kupas makna ayat. Itu yang sampai serang atas masjid, kuliah terpaksa diberhentikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz Subri yang pernah menjadi calon PAS di Parlimen Kepala Batas dalam PRU12 menentang Tun Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan insiden berkenaan berlaku mungkin kerana salah faham.

“Mereka mengatakan saya menuduh mereka kafir. Saya menjawab saya tidak menuduh tuan-tuan kafir. Saya mengulas ayat tersebut tapi mereka mungkin salah faham terhadap kupasan saya.

“Mereka tak tahan jadi mereka serbu ke dalam masjid,” kata Ustaz Subri dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Ustaz Subri percaya serangan dan ketegangan tersebut mungkin juga disebabkan suasana pilihan raya sekarang ini.

“Saya pesan (kepada kumpulan itu) seandainya kita bergaduh sama-sama kita dalam perkara ini maka yang akan rugi sudah pasti orang Melayu yang beragama Islam dan golongan lain akan ambil kesempatan untuk menguasai kita,” katanya. – SuaraTV

 

#PRU14 #PakatanHipokrit #SinsOfMahathir #TolakPH #JomBN #BersamaBN #HebatkanNegaraku #GE14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.