Kajian Merdeka Centre Tak Tepat

JOHOR BAHRU – Hasil kaji selidik dilakukan Merdeka Centre semalam menunjukkan gabungan pembangkang PKR semakin hampir mencapai sasaran menawan negeri ini tidak menggambarkan keadaan yang sebenar kata Penyandang kerusi Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau berkata, rumusan itu dilakukan membabitkan 700 responden di seluruh negara dan tidak menjurus kepada kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tertentu.

“Kajian melibatkan 700 responden yang mengatakan Melayu semakin tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dan pihak pembangkang boleh menang di Johor tidak menggambarkan keadaan yang sebenar kerana keadaan di lapangan adalah berbeza. Itu hanya rumusan dibuat secara rambang di seluruh negara.

“Melihatkan sambutan yang diterima hari ini, ini menunjukkan keadaan yang sebaliknya dan masyarakat nampak mesra dengan saya. Jadi, saya tidak rasa ada tsunami Cina atau Melayu di Parlimen Pulai,” katanya, petik Utusan.

Sehubungan itu, Nur Jazlan yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam pada itu berhasrat untuk menaik taraf pasar awam itu dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) akan memperuntukkan RM1 juta bagi membaik pulih kawasan dan dinamakan sebagai ‘Pasar Sejahtera’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.