Ceramah PKR Dipenuhi Kata Kesat

KUALA LUMPUR – Ceramah politik oleh pemimpin pakatan gabungan PKR terus dipenuhi dengan pelbagai kata-kata kesat.

Calon PKR bagi kerusi Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin antaranya yang telah kekeringan idea telah menggelarkan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai ‘menteri kepala otak’.

“Cukai barang dan perkhidmatan (GST) jelas membebankan rakyat, semua harga barang dan minyak naik. Inilah yang dikatakan menteri ‘kepala otak’.

“Selain itu, dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti pilih PKR sahaja. Abaikan logo gajah itu, tidak tahu mungkin calonnya guna otak kepala gajah,” katanya ketika berceramah di Bukit Antarabangsa, di sini malam tadi, petik Utusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.