Sedih Tahap Intelektual Salahuddin Ayub

Sudah hilang kata-kata melihat tahap IQ dan kemampuan ‘thought process’ pemimpin parti PAN, Salahuddin Ayub dalam usaha mencari-cari jalan terbaik untuk ‘come back’ ke arena politik di Johor.

Menurut sumber media sosial, bermula daripada tuduhan isu tanah dan macam-macam tuduhan yang dilemparkan oleh beliau kepada kerajaan negeri Johor. Kesemua tuduhan ini tidak berasas dan tidak konsisten, sebaliknya hanya mahu mencari publisiti murahan.

Baru-baru ini, beliau sekali lagi mengeluarkan satu kenyataan yang tidak menggunakan IQ & “thought process” sebagai seorang pemimpin untuk disampaikan kepada pihak media.

Menurut laporan Malaysiakini, Salahuddin Ayub berasa sedih melihat pekerja Malaysia ke Singapura semata-mata untuk mencari rezeki.

Persoalanya, salahkah jika rakyat Malaysia mahu mencari rezeki yang lebih baik dengan menggunakan kesempatan yang terbaik di gerbang selatan tanah air untuk mencari rezeki di Singapura? Apa masalahnya?

Adakah Salahuddin Ayub akan menutup pintu sempadan ke Singapura apabila Pakatan Harapan menguasai Johor? Adakah golongan yang mencari rezeki ke Singapura khususnya rakyat Johor akan dihalang untuk terus mencari rezeki di Singapura??

Jika ini berlaku, ekonomi dan kestabilan negara akan kucar kacir jika individu seperti beliau yang mentadbir Johor ini.

Sepatutnya, dalam ketika PAN teruk dilanyak oleh PAS ketika muktamar di Kedah baru-baru ini, Salahuddin Ayub yang juga sebagai Timbalan Presiden PAN sepatutnya mempertahankan PAN tetapi lebih memalukan tidak menidakkan semua tuduhan terhadap PAN serta tidak langsung mengulas muktamar PAS baru-baru ini.

Buat Salahuddin Ayub, hentikan menjadi modal bahan lawak jenaka khususnya di Johor. Kredibiliti dan tahap intelektual yang ditunjukkan oleh beliau menonjolkan beginikah kualiti yang terbaik yang mampu ditonjolkan Pakatan Harapan?

Jika ini sahaja sisa yang tinggal, harap boleh lupakan untuk jejakkan kaki di negeri Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.