Rafizi Sibuk Hal Orang, Dia Sendiri Bila Nak Letak Jawatan

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sibuk menyuruh Datuk Nasharudin Mat Isa mengosongkan jawatan lantikannya di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata kerana beliau mendakwa bekas timbalan presiden PAS itu menerima dana dari SRC International Sdn Bhd.

Sepatutnya Rafizi sebagai orang yang menuduh, perlu mengemukakan bukti, tetapi keadaan terbalik apabila Nasharudin pula yang perlu mengemukakan bukti. Jika gagal, Nasharuddin diminta melepaskan jawatan dalam Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM.

Agaknya Rafizi terlupa, beliau sendiri banyak kali masuk mahkamah disebabkan kes saman terhadapnya. Tidak pula beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen.

Pada 12 Januari 2013, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang ketika itu Menteri Pertahanan telah mengemukakan saman malu ke atas Rafizi kerana menerbit artikel fitnah dalam blog beliau.

Selain itu pada 6 Ogos 2014, Tan Sri Khalid Ibrahim telah menang saman fitnah dan PKR mohon maaf secara terbuka kerana memfitnah salah laku yang dilakukan Khalid sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor.

Pada bulan November 2016, Rafizi dihukum penjara 18 bulan oleh mahkamah kerana melanggar akta OSA.

Itu antara beberapa tindakan mahkamah, belum masuk `part’ di mana beliau sendiri membuat tuduhan ke atas banyak pihak dan agensi kerajaan termasuk tuduhan bahawa hakim mahkamah syariah terlibat dengan rasuah adalah lebih tinggi daripada hakim mahkamah sivil.

Ia merupakan satu tuduhan serius. Sebelum ini beliau telah membuat tuduhan ke atas Tabung Haji hingga menyebabkan ada pendeposit yang menutup akaun di Tabung Haji.

Bagaimanapun selepas Tabung Haji menjawab segala tohmahan beliau, Rafizi hanya mendiamkan diri.

Beliau nampaknya cuba menonjolkan diri kononnya bahawa beliaulah pembela rakyat. Jika benar Nasharuddin menerima wang berkenaan, eloklah dikemukakan bukti kepada pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.