Video: CCTV Buktikan Pemandu Myvi Berlumba Sebelum Terlibat Nahas

Kuala Lumpur – Rakaman CCTV di pondok tol di Lebuhraya Duke menunjukkan kenderaan Perodua Myvi yang terlibat dalam nahas yang membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya DUKE pada awal pagi Sabtu lalu sedang berlumba.

 

Melalui rakaman berdurasi 0:30 saat itu sekumpulan pemandu kenderaan Perodua Myvi dilihat sedang memandu dalam keadaan laju.

 

 

Sementara itu menurut Muhd Zaki Abdullah yang merupakan antara saksi terawal kejadian tersebut berkata, dia yang sedang memandu dari Setiawangsa menghala ke susur keluar Gombak melihat beberapa kereta jenis Perodua Myvi yang berlumba dalam keadaan laju.

 

“Ketika itu saya di lorong tengah. Selang 10 saat saya nampak Pajero yang dipandu oleh mangsa berpusing dan mangsa tercampak keluar.

 

“Sebuah Myvi dari lorong kanan melanggar Pajero itu di lorong tengah. Apabila Pajero cuba mengelak, ada sebuah lagi Myvi dari lorong kiri juga melanggar Pajero itu dan berpusing,” katanya memetik laporan Astro Awani.

 

 

Nahas tersebut meragut nyawa tiga sekeluarga termasuk seorang bayi apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabit dalam kemalangan di ibu negara.

 

Nahas berlaku kira-kira 12:30 tengah malam tadi di Kilometer 6.3, Lebuhraya Duta, Ulu Kelang dari arah Ampang ke Jalan Duta.

 

Menurut adik bongsu Allahyarham Fairuz Nizam Husain “Anak sulung arwah, Fizura Amira, menangis melihat kejadian yang disiarkan di dalam berita,”.

 

Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, berkata usai majlis tahlil buat ketiga-tiga mangsa nahas berkenaan, anak sulung pasangan Allahyarham Fairuz dan Nova Safitri Azhari, terus menangis sebaik sahaja melihat siaran berita kemalangan membabitkan keluarganya.

 

“Selesai majlis tahlil pada malam pertama, sebelum itu berita jam lapan malam di TV3 telah menyiarkan kemalangan malam tadi (kelmarin), anak sulung arwah, Fizura Amira menangis melihat kejadian yang disiarkan dalam berita.

 

“Sayalah tempat dia luahkan segalanya, sayalah tempat dia menangis, sayalah tempat dia mengadu,” catat Faizz melalui lama Facebook miliknya.

 

Kata Faizz, kejadian itu telah menyebabkan hidupnya berubah dan menganggap kemalangan itu satu ujian buatnya dan keluarga.

 

Ini termasuk cabaran buat dirinya menjaga amanat yang ditinggalkan Allahyarham Fairuz iaitu dua orang zuriatnya serta syarikat peninggalannya.

 

“Sedangkan saya tidak pernah ada pengalaman dalam menjaga dan mendidik anak, tetapi saya dan keluarga terus diuji atas pemergian Allahyarham abang (Fairuz).. kini mereka sudah menjadi yatim piatu.

 

“Diamanahkan untuk menjaga anak-anak arwah. Hanya pertolongan daripada abang-abang dan kakak-kakak sahaja dapat memberi kekuatan kepada saya untuk melaksanakan amanah ini,” luahnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.