Calon Pas Rompin Tolak Kehadiran Pemimpin Tertinggi PR

Rompin – Calon Pas yakin jentera pilihan raya sedia ada sudah mencukupi untuk membantu kempen pada Pilihan Raya Kecil Rompin 5 Mei ini.

 

Menurut calonnya, Nazri Ahmad tidak semua pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat (PR) perlu hadir kerana mereka yang ada sudah memadai.

 

“Memadai kepada yang hadir dan tak perlu semua datang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kempennya di Pasar Malam Muadzam Shah.

 

Sebelum ini, ketiadaan pemimpin tertinggi sama ada daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pada kempen di PRK berkenaan menjadi tanda tanya.

 

Kenyataan itu kemudian disangkal Nazri.

 

“Ada tapi tak nampak. Semasa penamaan calon Izzah ada dan pengerusi DAP Pahang,” ujarnya. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.