Adun PKR Di Pulau Pinang Dakwa Dibuli Kerajaan Pimpinan DAP

Permatang Pauh – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penati, Dr Norlela Ariffin mendakwa dibuli kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP apabila semua usul yang dibentangkan untuk kesejahteraan rakyat ditolak.

 

Menurut Norlela semua usul yang dibawanya telah ditolak ketika mesyuarat ‘pre-council’ dan dibuang dari senaria yang akan dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

 

“Saya terpaksa ke hospital sebab pertama kali dapat sakit dada selepas semua usul saya di tolak kelmarin di mesyuarat pre-council dan di buang dari senarai usul utk Sidang DUN.

 

“Saya tidak faham macam mana mereka boleh gelak-gelak bila semua usul yang saya, Tira Norly (dan) pegawai-pegawai Adun Penanti (yang) susah payah buat, di buang begitu saja,” luahnya ketika memuat naik status tersebut di Facebook, Jumaat yang lalu.

 

Menurut Norlela antara usul yang beliau mohon untuk dibentangkan dalam persidangan DUN ialah menguatkuasakan akta dan garis panduan sedia ada bagi mengurangkan risiko banjir dan kemudaratan kepada penduduk dan alam sekitar.

 

“Beginilah keadaan saya pada ketika ini, apabila tidak mampu berdepan dengan mereka (kerajaan negeri) yang membuli” ujarnya yang sedih dengan keputusan tersebut.

 

Kerajaan pimpinan DAP sebelum ini sering di dakwa mengamalkan dasar diskriminasi yang dikatakan menindas Melayu dan bumiputera di negeri itu.

 

Dalam pilihan raya umum lalu, Norlela yang bertanding atas tiket PKR menentang calon Barisan Nasional menang dengan majoriti 2,339 undi.

 

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah sebelum ini mengarahkan semua jentera pemuda PAS direhatkan dari memberikan sokongan untuk calon PKR di Permatang Pauh.

 

Turut membuat kenyataan sama ialah Yang Dipertua PAS kawasan Permatang Pauh, Omar Osman. Bagaimanapun, selepas perbincangan dengan PAS Pusat, beliau membuat pusingan-U dan kembali menyokong calon PR itu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.