Waris Penumpang MH370, Diberi Pendahuluan Pampasan Sebanyak RM 160 Ribu

Beijing (China) – Malaysia Airlines (MAS) akan memperuntuk sejumlah AS$50,000 (RM163325.04) kepada setiap waris terdekat penumpang warga China bagi Penerbangan MH370 sebagai bayaran pendahuluan pampasan.

Menurut kenyataan MAS yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido di Beijing hari ini, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.

Kenyataan itu juga menyebut MAS akan memaklumkan para waris berhubung butiran pembayaran dalam tempoh dua minggu.

“Pemberitahuan butiran pembayaran akan dipapar di platform rasmi MAS dan kami akan turut menghantar notis bertulis kepada waris,” katanya.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya (gambar) berkata syarikat penerbangan itu akan melunas bayaran pendahuluan pampasan secepat mungkin kepada waris yang berhak bagi memenuhi keperluan kewangan mereka.

Beliau berkata bayaran itu tidak akan menjejaskan hak para waris untuk menuntut pampasan berdasarkan undang-undang di kemudian hari dan ia akan diambil kira sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan pampasan yang mereka layak terima.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.