Video : 200 penumpang cedera, kereta api bertembung di Korea Selatan

Seoul – Seramai 200 penumpang cedera selepas dua buah kereta api bawah tanah di Korea Selatan bertembung dalam satu kemalangan di pusat bandar Seoul semalam.

Pihak berkuasa pusat bandar Korea Selatan di Seoul berkata bahawa sebuah kereta api telah melanggar belakang sebuah kereta api lain di stesen Sangwangsimni, namun tiada penumpang yang cedera parah.

Katanya, kejadian itu berlaku semalam di sebuah stesen di timur bandar Seoul yang disebabkan oleh kegagalan fungsi sistem isyarat kereta api bawah tanah sekali gus menyebabkan jentera pengangkutan bawah tanah tersebut tergelincir dan bertembung. – Agensi

keretapi bertembung 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.