Tanah Runtuh Di Afghanistan 350 Maut

AAB BAREEK (Afghanistan):   Pasukan penyelamat pada Sabtu mencari penduduk tempatan yang terselamat selepas satu tanah runtuh besar menimbus sebuah perkampungan di Afghanistan pada Jumaat, mengorbankan 350 orang dan beribu-ribu orang dikhuatiri maut berikutan lebih banyak tanah runtuh akan berlaku.

Penduduk tempatan berusaha untuk mencari mangsa yang terperangkap dalam tanah lumpur yang menyelubungi kampung Aab Bareek di wilayah Badakhshan di mana beratus-ratus rumah musnah akibat kejadian itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan 350 orang maut, dan pegawai wilayah itu berkata, lebih 2,000 orang masih hilang selepas 24 jam berlakunya bencana itu.

Pasukan kecemasa tiba pada pagi Sabtu untuk menangani masalah tanah runtuh dan beratus-ratus keluarga yang hilang tempat tinggal.

“Tanah lumpur terlalu dalam, menyukarkan usaha untuk mengeluarkan mayat di sebalik tanah runtuh,” kata Sayed Abdullah Homayun Dehqan, pegawai wilayah bagi Pihak Berkuasa Bencana Kebangsaan Afghanistan memberitahu AFP di tempat kejadian.

“Dibimbangi adanya satu lagi tanah runtuh. Pasukan penilai kita sedang memeriksa rekahan di bukit berhampiran.

“Kita sudah mula menyalurkan makanan… tetapi kita tidak mempunyai khemah yang cukup untuk kesemua 700 ahli keluarga yang bermalam di luar. Terdapat kira-kira 2,000 orang terdiri daripada wanita, kanak-kanak, warga emas yang hilang tempat tinggal,” katanya. – AFP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.