Muay Thai Akan Dipopular Sebagai Sukan Teras

LANGKAWI 3 Mei – Usaha mempromosikan sukan Muay Thai di negara ini perlu dipertingkatkan dalam usaha menjadikan sukan itu sebagai sukan teras, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, penglibatan dan prestasi yang cemerlang dalam sukan itu perlu ditunjukkan oleh Persatuan Muay Thai Malaysia (PMM) untuk menjadikan sukan itu popular dalam kalangan rakyat negara ini.

“Kita ingin melihat sukan itu berjaya menjadi sukan arus perdana, memandangkan usaha-usaha dijalankan oleh persatuan berkenaan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Forum Belia dan Sukan sempena Kejohanan Persekutuan Antarabangsa Muay Thai Amatur (IFMA) 2014 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini.

Seramai 1,200 peserta dari 120 negara mengambil bahagian pada kejohanan 10 hari bermula hari ini, yang mempertandingkan 148 kategori.

Katanya, PMM perlu menunjukan komitmen yang tinggi untuk memastikan sukan itu berkembang maju seiring dengan sukan-sukan lain. – BERNAMA

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.