MB Selangor Sokong GST Secara Peribadi

Kuala Selangor – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempunyai pendirian bercanggah dengan kepimpinan Pakatan Rakyat apabila hari ini menyatakan sokongannya secara peribadi terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Bagaimanapun, beliau berkata, cukai tersebut tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pendapatan semasa rakyat ketika ini masih belum diagihkan secara seimbang.

” Ia masih belum masa untuk melaksanakan GST, kerana agihan pendapatan adalah tidak sama. Oleh itu, apabila cukai dikenakan, golongan berpendapatan rendah akan
dibebani, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri penyerahan kunci Masjid Darul Ibadah di Ijok di sini.

Abdul Khalid berkata demikian sebagai mengulas Himpunan Membantah GST di Dataran Merdeka semalam yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pemimpin pembangkang lain.

Beliau juga berkata perhimpunan itu tidak akan membantah GST tetapi sebenarnya Pakatan Rakyat bimbang terhadap keberkesanan GST apabila dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.