Kerana Pelacur, Pesara Tentera Yang Cacat Sanggup Tumbuk Orang

Swindon (England) – Seorang pesara tentera, Allan Thipthorpe, 88 tahun, yang cacat dihadapkan ke mahkamah selepas menumbuk seorang pekerja rumah kebajikan kerana menghalangnya daripada bertemu seorang pelacur.

Mengikut lapo0ran yang dikeluarkan oleh Daily UK, kejadian tersebut berlaku apabila Francis Maples (penjaga rumah kebajikan) enggan membenarkan Terri-Lee Pearce, 31, melawat Allan hingga menaikkan kemarahan warga emas itu

Menurut Maples, dia telah menampar Pearce dan menghalangnya dari melawat Allan kerana mendapati pelacur itu telah mengikis wang simpanan warga emas itu sebanyak £5,000 (RM27,551).

Namun Allan bertegas mengatakan dia berhak untuk membelanjakan wang miliknya.

Bagi mempertahankan tindakannya itu, Thipthorne mengatakan pelacur tersebut telah ‘menggembirakannya’.

Bagaimanapun apabila pendapatnya disangkal, Thipthorne naik angin lalu menggagahkan diri untuk bangkit dari kerusi roda sebelum memukul Maples membuatkan satu laporan polis dibuat terhadapnya.

Ketika membela diri di mahkamah, Thipthorne menyatakan dia masih tertarik dengan wanita walaupun sudah berusia 88 tahun dan adalah menjadi haknya untuk berseronok dengan wang yang ada memandangkan hayatnya sudah tidak tinggal lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.