Gangguan Bekalan Air Di Seremban Selasa Ini

Seremban – Sebahagian kawasan di Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai pukul 8 pagi, Selasa ini, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Terip dan pengalihan paip.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Temiang, Templer, kawasan industri ringan Templer, Lobak.

Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar, hospital pakar KPJ, hospital Columbia, Hospital Mawar, Hospital Bersalin Cina Templer, Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas, Jalan Labu, Taman Desa Rhu.

Taman Warisan Puteri, seluruh kawasan Ampangan, Paroi, seluruh kawasan Senawang, seluruh kawasan Rahang, seluruh kawasan Rasah Jaya, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar, Taman Seremban Selatan dan Taman Seremban Jaya.

Katanya bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat mulai pukul 8 pagi hari berikutanya.

Pelanggan yang memerlukan bantuan bekalan air boleh menghubungi SAINS di talian bebas tol 1-800-88-6982. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.