Gambar Pramugari Solat Dalam Pesawat, Viral Di Facebook

Tindakan jurufoto, Eddie Putera yang merakamkan gambar seorang pramugari sedang bersolat di dalam pesawat Garuda Air semalam mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat khususnya para pengguna media sosial.

Menurut Eddie gambar tersebut dirakamkan ketika beliau menaiki pesawat Garuda Air dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Jakarta, Indonesia.

Apa yang menarik, sehingga kini gambar yang diberi jolokan ‘Pramugari Solat’ itu telah menerima 2,142 ‘like’ dan telah dikongsikan oleh hampir 400 penguna Facebook.

Menurut Eddie, apabila menaiki pesawat beliau akan duduk di tempat yang paling belakang kerana kebiasaanya tempat duduk di kawasan tersebut selalu kosong.

10 minit diudara, mata agak kuyu mau tidur, tiba tiba, ada stewardess buka compartment di atas, ambil bag dia dan capai sesuatu.

“Dia macam nak salin baju, baru nak buat buat minta coke, bila toleh lagi sekali, alamak, dia nak sembahyang rupanya” ujar beliau melalui laman Facebooknya.

Malah gambar tersebut turut mendapat pujian dari rakan-rakannya di dalam ruangan komen ‘posting’ tersebut.

Eddi Putera

3 thoughts on “Gambar Pramugari Solat Dalam Pesawat, Viral Di Facebook

  • May 4, 2014 at 12:01 am
    Permalink

    sesiapa yang membuat perkara yang baik akan mendapat menafaat pada diri…sesiapa yang membuat perkara yang jahat akan membawa kesengsaraan pada diri…jiwa yang tenang dan sabar adalah milik insan yang beriman dan bertaqwa pada Allah.

    Reply
  • March 17, 2016 at 4:13 pm
    Permalink

    Syukur alhamdulillah ada juga niat pramugari tu nak buat ibadat. Yang complaint tu ustaz mana? Dah cukup ke dia sembahyang. Pramugari tu kan cari makan dan ada ramai lagi yang tak sembahyang. Ustaz2 tu kalau tak ada apa nama buat baik pergi sembahyang dan sembahyang, berzikir. Takut kan silap

    Reply
  • March 17, 2016 at 4:41 pm
    Permalink

    Ustaz2 tu kalau tak ada apa nak buat baik pergi sembahyang, berzikir. Takut kan silap haribulan dapat dosa free jer.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.