Detik Kelahiran Akhbar Utusan Melayu

 

New Picture (7)Percayakah anda jika saya katakan bahawa akhbar Utusan Melayu telah lahir 30 tahun lebih awal di Singapura sebelum ia diterbitkan melalui sebuah syarikat penerbitan yang dikuasai oleh masyarakat Melayu sendiri?

Akhbar Utusan Melayu digerakkan penerbitannya oleh Yusuf Ishak (orang yang kini mengisi wajah wang dolar Singapura) pada awal tahun 1939 setelah siang dan malam dia berjalan menagih sokongan dan simpati dari orang-orang kaya Melayu, terutamanya dari negeri Johor, untuk membolehkan orang Melayu memiliki penerbitannya sendiri.

Akhbar menggunakan tulisan Jawi dengan nama Utusan Melayu akhirnya lahir dengan naskhah sulungnya diterbitkan pada 29 Mei 1939.

Jabatan pengarang Utusan sejak awal kelahirannya dipimpin oleh Abdul Rahim Kajai, nama paling terkemuka dalam sejarah kewartawanan Melayu. Nama Kajai juga kini mengisi ruang papan tanda sebuah jalan di Taman Tun Dr. Ismail di Damansara, Selangor.

Utusan bersama Kajai dan barisan wartawan-wartawannya merupakan tenaga penting  mencorak minda masyarakat Melayu sebelum merdeka, masyarakat yang lazimnya tunduk dan menjadi pesuruh kepada ‘Tuan Inggeris’ mereka, supaya bangkit mengenal diri sebenar mereka sebagai pemilik asal bumi Semenanjung.

Peranan sebuah media di dalam sesebuah masyarakat adalah demikian penting. Media  menjadi pelantar untuk masyarakat mengumpul pelbagai maklumat berhubung ehwal semasa dan persekitaran mereka, maklumat yang kemudiannya mencetus sikap serta semangat masyarakat berubah dari dari negatif kepada positif, dari malas kepada rajin, dari kumpulan yang pasif berubah kepada masyarakat yang penuh aktif dan agresif.

Demikianlah sketsa ringkas di antara sumbangan media seperti Utusan Melayu sendiri kepada masyarakat Melayu di zaman awal 18 tahun sebelum Tanah Melayu bebas dari rantai penjajah, seterusnya setelah negara mencapai kemerdekaan, kemudiannya merangkak, perlahan-lahan, berjalan dan akhirnya mampu berdepan dengan masyarakat dunia seperti sekarang.New Picture (8) (1)

Sesungguhnya Melayu hari ini yang semakin kukuh dan perkasa, adalah Melayu yang dahulu yang telah menempuh pelbagai pahit maung dan rintangan, angkatan yang telah berjaya melalui sejuta satu cabaran dan persaingan di bumi mereka sendiri atau yang di luar sana.

Dan Utusan Melayu itu sebenarnya media rasmi Melayu pertama yang diterbitkan dalam bentuk sebuah akhbar, bukan mulai 1939, tetapi mulai tahun 1908 lagi, iaitu 31 tahun lebih awal dari apa yang dicatatkan sebelum ini.

Naskhah awal akhbar Utusan Melayu ini dalam penerbitannya bilangan 1042 bertarikh 1 September 1914 (10 Syawal 1332) menunjukan bagaimana ia diterbitkan tiga kali seminggu, iaitu setiap hari Selasa, Khamis dan Sabtu dan dijual dengan harga 10 sen senaskhah.Ia dicetak dalam empat halaman, tiga darinya berbahas Melayu dengan tulisan jawi, manakala satu halaman di belakangnya dengan ‘UTUSAN MALAYU’ sebagai kepala nama akhbar, berbahasa Melayu menggunakan tulisan rumi dengan ukuran 12 inci  X 15 inci. Singapore Free Press yang dipimpin oleh Walter Makepeace merupakan penerbit akhbar tua ini.

Yusof ishak

Namun Utusan Melayu yang terdahulu itu cuma dipenuhi bahan propaganda agensi perisikan British dalam perang saraf mereka menentang pengaruh kebangkitan kuasa Hitler dan tentera Nazi Jerman menjelang Perang Dunia Pertama.

Meskipun ia merupakan media propaganda, namun kehadiran Utusan Melayu di awal-awal abad ke-21 itu membuktikan kemampun sebahagian besar dari masyarakat Melayu di dalam menulis dan membaca, terutama di dalam menguasai tulisan Jawi sendiri, yang mendorong kepada munculnya penerbitan dan pengedaran akhbar tersebut  dulu.Sumber-http://gendangdipalu.blogspot.com/2013/11/utusan-melayu-sebenarnya-lahir-100.html

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.