Anggota Polis Dan Tentera Terbunuh, Dalam Letupan Bom Di Mesir

Kaherah – Seorang anggota polis dan tentera terbunuh dalam satu letupan bom di sini semalam, beberapa jam sebelum kempen pilihan raya Presiden bermula yang dijangka akan dimenangi oleh bekas ketua tentera Mesir, Abdel Fattah al-Sisi.

Sejak kebelakangan ini, kumpulan militan melancarkan gelombang serangan dengan menjadikan pasukan keselamatan sebagai sasaran sejak Al-Sisi menumbangkan Presiden Mohammed Morsi pada Julai lalu.

Pihak tentera Mesir menubuhkan sebuah kerajaan sementara yang menggunakan kekerasan untuk mematahkan penentangan yang dilancarkan para pengikut Morsi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin yang menyokongnya.

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Hany Abdel Latif berkata, sebutir bom itu meletup di pondok polis dekat sebuah bangunan mahkamah di daerah Heliopolis, utara bandar raya ini yang menyebabkan seorang anggota polis terbunuh manakala empat lagi cedera.

Kementerian berkenaan kemudian memberitahu bahawa bom tersebut telah disembunyikan di dalam sebuah lampu isyarat di lokasi kejadian. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.