Trump Naikkan Tarif Import, Malaysia Antara Negara Terkena 24%

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan tarif asas sebanyak 10 peratus ke atas semua import ke AS serta duti lebih tinggi ke atas puluhan negara lain, termasuk beberapa rakan dagang utama. Langkah ini dijangka meningkatkan ketegangan perdagangan global serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sekutu AS.

Duti menyeluruh ini akan membentuk halangan baharu dalam ekonomi terbesar dunia, sekali gus mengubah beberapa dekad dasar perdagangan bebas yang menjadi asas sistem ekonomi global.

Rakan dagang utama AS dijangka bertindak balas dengan langkah balas yang boleh menyebabkan kenaikan harga mendadak terhadap pelbagai barangan, termasuk basikal dan wain. Pengumuman ini turut memberi kesan negatif kepada pasaran saham AS, yang kehilangan hampir AS$5 trilion (RM22.2 trilion) nilai sejak Februari susulan kebimbangan terhadap impak tarif terhadap ekonomi global dan pendapatan korporat.

Berdasarkan keputusan ini, import dari China akan dikenakan tarif sebanyak 34 peratus, tambahan kepada 20 peratus yang dikenakan sebelum ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 54 peratus. Kesatuan Eropah (EU) pula akan dikenakan tarif sebanyak 20 peratus, manakala Jepun akan dikenakan kadar 24 peratus.

Bagaimanapun, Trump mempertahankan keputusannya dengan mendakwa tindakan ini perlu bagi menangani ketidakseimbangan perdagangan global akibat perbezaan tarif yang tidak adil.

“Selama beberapa generasi, negara lain mengambil kesempatan ke atas AS dengan mengenakan tarif pada kadar lebih tinggi,” kata Trump.

Sebagai contoh, AS mengenakan tarif 2.5 peratus ke atas import kenderaan penumpang, manakala EU mengenakan 10 peratus dan India sebanyak 70 peratus. Bagi barangan elektronik seperti suis rangkaian dan penghala, AS tidak mengenakan tarif, namun India mengenakan kadar antara 10 hingga 20 peratus. Selain itu, Indonesia mengenakan tarif 30 peratus ke atas etanol berbanding AS yang hanya mengenakan 2.5 peratus.

Seorang pegawai Rumah Putih yang enggan dikenali berkata, penalti lebih tinggi ini akan berkuat kuasa pada 9 April dan akan terpakai kepada kira-kira 60 negara secara keseluruhan, manakala tarif asas 10 peratus akan berkuat kuasa mulai Sabtu ini.

Trump turut menekankan bahawa tarif “timbal balik” ini bertujuan melindungi industri tempatan dan meningkatkan peluang pekerjaan dalam sektor pembuatan AS.

“Selama berdekad-dekad, negara kita telah dijarah, dirompak, dan diperlakukan secara tidak adil oleh negara-negara jiran dan jauh, baik kawan mahupun musuh,” katanya dalam satu acara di Rose Garden, Rumah Putih.

Namun, pakar ekonomi memberi amaran bahawa tindakan ini boleh memperlahankan ekonomi global, meningkatkan risiko kemelesetan, dan menaikkan kos sara hidup bagi rakyat AS. Kanada dan Mexico, dua rakan dagang terbesar AS, sudah pun berdepan tarif sebanyak 25 peratus ke atas pelbagai barangan dan tidak akan dikenakan levi tambahan buat masa ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat